Nuffnang

Tuesday, December 14, 2010

9 sebab mengapa hati tidak bahagia

Ada orang apabila tak ada duit, hidupnya berasa begitu sempit. Ada orang apabila bergaduh dengan isteri atau suami, hidupnya menjadi begitu tertekan.
 
Ada orang apabila kerja nya bertimbun, hidupnya jadi kusut tak senang duduk.
 
Pendek kata, ada banyak sebab mengapa manusia tidak dapat hidup dengan tenang bahagia.
 
Bagaimana dengan anda? Adakah anda berasa bahagia dengan kehidupan anda? Adakah anda berasa tenang dengan hidup anda sekarang? 
 
 
 
Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 9 sebab mengapa hati kita tidak merasa bahagia. Mari kita periksa sama-sama, apakah sebab-sebab itu. Dan adakah kesemua sebab-sebab itu ada pada diri kita?

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

1. Pemarah 
 
Orang yang ada sifat pemarah dalam dirinya, pasti sukar berasa tenang tenteram. Sikit punya hal dah nak marah. Ada masalah sikit dah nak mengamuk.
 
Tenangkah begitu? Bolehkah merasa bahagia jika begitu? Orang seperti ini juga sukar untuk mendapat kawan. 
 
2. Pendendam 
Orang yang ada sifat ini, pastinya hati dia tidak akan pernah tenteram. Selagi dia tidak dapat membalas dendam, hatinya tidak pernah tenang.
 
Mana mungkin orang yang ada menyimpan perasaan dendam boleh tenteram! Sifat pendendam ini ibarat lahar yang tersembunyi di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam dan memuaskan hatinya. Hatta dalam perkara yang kecil-kecil pun dia nak berdendam dan mahu membalasnya. Kalau orang sakitkan hati dia, dia mahu sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Jika begitu lah sikapnya, mampukah orang yang pendendam ini merasa bahagia? Apa kesudahannya?
 
3. Hasad dengki 
Ni lagi satu sifat yang jika ada dalam diri kita pasti membuatkan diri kita tak tenang dan tak bahagia. Nak tenang macammana, sikit-sikit nak berdengki.
 
Orang beli kereta baru kita dengki. Orang dapat naik pangkat kita sakit hati. Orang bergaya sikit, kita cemburu dengki. Pendek kata, orang tak boleh lebih dari dia. Kalau lebih, maka sakit hati dan dengki lah dia. Jika begitu, bolehkah orang seperti ini hidup dengan bahagia?  
 
4. Bakhil 
Sifat kedekut tahi hidung masin pun adalah sifat yang tak akan membuatkan hati kita berasa tenang bahagia. Orang kedekut ni sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Orang bakhil sentiasa berdalih mengatakan dia tiada duit, dia ada masalah lah dan sebagainya semata-mata tak nak beri derma apabila diminta. 
 
5. Tamak 
Orang yang tamak tidak pernah dan tidak akan puas dengan apa yang dimilikinya. Ada duit RM10 dia nak RM100. Dapat RM100, dia nak RM1000. Dapat RM1,000 dia nak RM10,000. Pendek kata, dia tak pernah bersyukur apa yang dia dapat. Jika begitu, dapatkah dia merasa bahagia dengan hidupnya?
 
 
 
6. Tidak sabar 
Orang yang tidak sabar, kena ujian kecil pun dia dah merasa tertekan. Kena kutuk sikit, dah nak mengamuk. Susah sikit dan nak komplen. Apatah lagi jika dia diuji dengan perkara-perkara besar. Lagilah tidak tenteram dan tertekan dia. Malah boleh jadi gila dibuatnya. Jadi, orang yang ada sifat tidak sabar ini, boleh tenang bahagiakah dia??
 
7. Ego 
Orang yang memiliki sifat ini pantang rasa dirinya tercabar. Egonya tinggi. Dia pantang dikritik. Dia pantang ditegur, walaupun telah terbukti kesalahannya, dia tak mahu mengaku. Dia tetap sombong diri, angkuh dan ego. Orang lain semua tak betul, semua tak bagus, sebaliknya dialah yang paling sempurna dan betul semuanya. Orang macam ini, mana mungkin dapat merasa bahagia, apatah lagi apabila ada orang cuba mengatasi dirinya.
 
8. Riak 
Riak adalah sifat yang suka menunjuk-nunjuk. Orang yang ada sifat ini, kalau buat kerja tak pernah ikhlas. Orang seperti ini sebenarnya hanyalah pelakon handalan yang mahu disanjung orang. Kalau orang puji dia, maka seronoklah dia. Tapi kalau tidak, hati dia menjadi begitu terseksa. Hati dia sebenarnya sentiasa tertekan kerana dia sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji atau tidak dipuji dia kecewa sakit hati.  
 
9. Cinta Dunia 
Orang yang cinta dunia juga sebenarnya tidak merasa bahagia. Kerana apa? Kerana dia sentiasa berasa takut untuk kehilangan harta dunianya. Dia begitu takut mati meninggalkan harta yang dimiliki. Dia tidak akan merasa puas dengan hartanya. Apa yang difikirkannya hanyalah untuk mencari harta dan menambah kekayaan. Dia ingat bila dapat harta, hati nya akan puas. Dia ingat bila kekayaan bertimbun, dia akan bahagia. Tapi rupanya tidak, kebahagiaan dan ketenangan bukan pada harta kekayaan letaknya. Tapi tenang dan bahagia itu, terletak pada hati yang mensyukuri.
 
 

Thursday, December 9, 2010

1001:Mutiara Kata Hikmah Luqman al-Hakim (2)

Luqman al-Hakim seorang yang terkenal dengan kata-kata hikmah sehingga mendapat perhatian setiap lapisan golongan masyarakat. Antara kata-kata hikmah beliau ialah:

# Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.

# Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang bijaksana.

# Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.

# Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.

# Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.

# Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.

# Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit buasir.

# Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.

# Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.

# Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.

# Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.

# Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.

# Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.

# Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.

# Bukanlah harta itu seperti kesihatan dan bukanlah nikmat itu seperti jiwa yang baik.

Monday, December 6, 2010

1001:Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah

Sumbangan : Iskandar Hassan 

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu 
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu 
agak laju dengan sebuah kereta Waja  yang berprestasi 
tinggi yang baru sahaja dibelinya. 

Sambil ia memandu  perlahan-lahan ia sedang memerhatikan 
seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi 
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat 
sesuatu yang difikirkannya. 

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi 
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi 
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah 
kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut 
menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana 
Anak kecil tadi berdiri. 

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus 
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil 
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan 
dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ? 

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak 
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak 
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? 
jerit Executive tersebut.. 

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; 
"Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut 
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak 
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil". 

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut 
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh 
dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada 
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak 
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat 
untuk saya. 

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan 
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan 
meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik. 
Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat. 

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive 
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut 
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju 
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan 
kesejahteraan hidupnya. 

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah 
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja 
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak 
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan 
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan 
perhatian . 
 http://uk.groups.yahoo.com/group/Idaman_Group/join 
Pengajaran 

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, 
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi 
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa 
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. 
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara. 



'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m' 

Tafsirannya: 
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, 
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana 
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam 
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama 
cacing kepanasan.  Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, 
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. 
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan 
ahad.) sebanyak 3 kali. 

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. 
Berilah salam kepada anggota rumah dan  sekiranya tiada orang di rumah 
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat 
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan 
membantu kita menjawab persoalan kubur. 

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar 
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan 
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab 
salam malaikat itu. 

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: 
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya 
ia telah menebus dirinya dari  Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak 
Allah di langit dan di bumi.  

Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah 
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah 
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad 
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita 
sehari. 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, 
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan 
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian 
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul 
Qurthuby). 

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara 
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang 
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan 
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.. 

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali 
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya 
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab 
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. 

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. 
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama 
dengan membaca 30 jus Al-Quran. 

Berkata Ibnu Abbas r..a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. 

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu 
padang  sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap     padang sahara itu terdapat 
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. 

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, 
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah 
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. 

Sabda Rasulullah SAW lagi: 

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di 
sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, 
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan 
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. 

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali 
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke 
jumaat yang berikiutnya. 

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak 
mengalami apa-apa kesusahan. 
http://uk.groups.yahoo.com/group/Idaman_Group/join  
Nota: 
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini 
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku 
walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 
3 perkara yang akan dibawanya bersama : 
1) Sedekah/amal jariahnya 
2) Doa anak-anaknya yang soleh 
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Friday, December 3, 2010

1001:Mee segera

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.

Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.

Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.


10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Thursday, December 2, 2010

1001:Surah Luqman dorong Muhammad Fahmee Tan peluk Islam

031_04.gif


Oleh ZUARIDA MOHYIN

MANUSIA merancang tetapi Allah jugalah yang menentukannya. Begitulah gambaran kerdilnya makhluk bernama manusia itu waima setinggi mana pangkat, kedudukan atau sehebat mana kekayaan mereka di muka bumi ini.
Hakikatnya, manusia dan makhluk lain yang diwujudkan di atas alam semesta ini bertujuan untuk menyembah Allah s.w.t.. Ini diperjelaskan dalam ayat Quran yang bermaksud: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. (Adz-Dzaariyat: 56)
Kecantikan Islam itu amat luas dan pelbagai rahmatnya. Hinggakan segala musibah yang berlaku itu ada kebaikan yang hanya Allah Maha Mengetahui. Sebagai hamba-Nya yang taat, sewajarnya dalam situasi apa sekalipun kita mestilah yakin sepenuh hati di samping sentiasa bersabar dan tidak lekang memohon doa.
Paksi inilah yang menjadi kekuatan kepada anak muda kelahiran Taiping, Perak, Tan Eng Wah atau nama Islamnya Muhammad Fahmee Tan Abdullah, 30, yang membulatkan tekad memilih agama Islam menjadi agama pegangan hidupnya hingga ke akhir hayat.
Apatah lagi keyakinan dan keberanian tersebut diperoleh menerusi ayat al-Quran yang bermaksud: Dan jika kedua-duanya memaksamu untuk menyekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti kedua-duanya, dan pergaulilah kedua-duanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Luqman: 15)
“Hati mana yang tidak sedih apabila keputusan besar yang dibuat itu tidak begitu dipersetujui oleh kedua-dua ibu bapa. Pun begitu, biar apa pun tanggapan orang, syahadah saya adalah dengan kerelaan serta kepercayaan kepada Allah semata-mata. Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia dan ia mencakupi semua bidang.
“Sekali lagi saya mengetahui mereka kecewa terutamanya emak tetapi ayat 15 dalam surah Luqman di atas menjelaskan bahawa apa yang saya lakukan itu dikira tidak melampaui dan tidak bermaksud derhaka kepada mereka.
“Malah sebelum dan selepas pengislaman, saya sentiasa menjaga hati mereka dan memainkan peranan seorang anak kepada ibu bapa sebagaimana disarankan Islam. Oleh kerana itulah saya sentiasa bersikap mendiamkan diri kerana bimbang apa yang dituturkan itu mengguris perasaan mereka,” luah penyelia tapak projek ini yang mengucap dua kalimat syahadah pada September 2003 iaitu dua hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan.
Bangku sekolah
Menurut anak tunggal ini lagi, agama Islam bukanlah terlalu asing kepadanya. Ini kerana sejak di bangku sekolah rendahhingga menengah, pergaulan dengan teman-teman Melayu sedikit sebanyak telah memberi pendedahan kepadanya.
Namun, akui Muhammad Fahmee, pertukaran kerja dari Kuala Lumpur ke Terengganu pada awal 2002 apabila majikannya mendapat projek menyiapkan sekolah mempunyai hikmah di sebaliknya.
“Sewaktu di Terengganu inilah saya berkenalan dengan isteri dan menjadikan ibu bapanya sebagai keluarga angkat. Emak mentua saya pada masa itu adalah pengusaha kantin di sekolah itu. Jadi secara tidak langsung hubungan antara kami menjadi akrab.
“Salah satu sebab yang menjadikan saya berminat atau tertarik dengan Islam adalah dalam hal berkaitan aurat wanita. Bagi saya Islam itu agama yang cukup cantik dan amat mengambil berat soal maruah wanita,” katanya yang memilih Nor Fadellah Mustapa, 26, sebagai pasangan hidupnya.
Mereka diijabkabulkan pada Ogos 2005. Majlis resepsi pengantin lelaki diraikan beberapa minggu kemudian di Taiping dengan dihadiri kedua-dua belah keluarga rapat.
Muhammad Fahmee yang sedang mengikuti Diploma Kejuruteraan Awam secara sambilan di Universiti Teknologi Malaysia(UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur sentiasa tidak melupakan kepentingan mencari ilmu agama.
Beliau akui jadual hariannya agak sibuk dengan kerjaya hakiki dan pelajaran namun peluang menimba ilmu di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) tidak pernah dilepaskan terutama bila ada kelapangan.
Pesanannya kepada mereka yang masih berjinak-jinak dengan Islam ataupun telah bergelar muslim, aspek kesabaran dan minat mencari ilmu itu perlu ada agar segala cabaran dapat ditangani secara bijaksana.
“Sebelum memperkayakan diri dengan ilmu agama, saya tidak berani langsung untuk memberi pandangan atau menerangkan sesuatu hal secara terang-terangan. Manalah tahu kata-kata yang keluar itu salah dan menyinggung segelintir pihak.
“Lantaran itu saya lebih mengambil sikap berdiam diri. Biarlah kita jadi seperti pepatah Melayu, diam-diam ubi berisi. Kini alhamdulillah, semua ahli keluarga telah menerima saya biarpun berbeza agama,” kata Muhammad Fahmee.
Sumber: Utusan Malaysia

1001:PENEMUAN SAINS MODEN MEMBUKTIKAN KEBENARAN AL-QURAN

Penemuan-penemuan saintifik masa kini mengukuhkan kefahaman berhubung sesuatu ayat dan sekaligus menampakkan keunggulan al-Quran. Terdapat banyak ayat yang berkaitan dengan alam dan sains yang baru difahami maknanya hari ini diantaranya ialah ayat yang berkaitan dengan sifat alam semesta yang ‘mengembang’ atau ‘the expanding universe’.

Allah berfirman dengan maksudnya “Dan langit kami bangunkan dengan Kekuasaan Kami dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.” – Surah Az-Zariyat ayat 47. Ayat ini menceritakan tentang pengembangan alam.
Sehubungan dengan itu As-Syeikh Said Hawa di dalam karangannya Al-Asas fit Tafsir menulis “Maksud ayat ini ialah, Allah menjadikan langit di dalam keadaan terus menerus mengembang. Ia juga bermaksud langit juga diluaskan oleh Allah. Maka itu ayat ini adalah mukjizat berhubung kejadian alam. Penceritaan ini membuktikan bahawa ilmu al-Quran amat jauh kehadapan melampaui ruang dan zaman. Jika ada sesiapa yang menolak al-Quran kerana menyangka dirinya maju dengan pengetahuan sainsnya, eloklah mereka ini menilai dirinya sebelum terlambat.”

Hanya pada hari ini barulah sains moden menjumpai bukti-bukti sah bahawa alam semesta kita tidak statik, sebaliknya ia ‘membesar’ atau mengembang. Pada tahun 1929M, tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble dengan mengunakan teknologi canggih mendapati alam ini sedang mengembang. Semakin jauh jarak sesebuah galaksi daripada bumi semakin, semakin cepat proses pengembangannya.

Pada 9 Mei 1996, satu kenyataan akhbar dikeluarkan berhubung dengan teori pengembangan alam. Dua kumpulan saintis antarabangsa membuat kajian dengan mengunakan alat teleskop angkasa Hubble milik NASA, dan mereka mengesahkan kebenaran teori ini. Malah mereka dapat mengukur kelajuan kadar pengembangan alam ini sekaligus membenarkan firman Allah dalam al-Quran.

Penemuan-penemuan sains yang relevan memantapkan kefahaman berhubung dengan sesuatu hukum contohnya hukum pengharaman babi. Allah berfirman dengan maksudnya “sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah yang mengalir dan daging babi” – Surah al-Baqarah ayat 173.

Journal of Virology 1997 menerbitkan hasil laporan penyelidikan yang dilakukan oleh 12 orang pakar sains yang dipimpin oleh Dr Yoshihiro Kawoaka dari Universiti Wisconsin. Penemuan mereka menunjukkan pada kerongkong babi ada sistem yang membolehkan bermacam virus memasukinya sama ada virus daripada burung ataupun binatang lain. Sistem ini mengubah virus kepada satu bentuk yang amat membahayakan manusia. Jesteru itu saintis menganggap babi semacam “mixing vessel’ atau ‘bahtera takungan kuman’ yang amat berbahaya kepada manusia. Fakta seperti ini membantu manusia memahami dan meyakini tentang adanya hikmah disebalik larangan-larangan dalam Islam.

1001: 22 Tanda Kiamat

Wahai rakan-rakan seperjuangan Islam saya sekalian. Ingin saya khabarkan pada kamu tentang hal ini. Moga-moga kamu sekalian dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya agar kamu berasa lebih bersedia untuk menghadapi hari terakhir ini. Bukan niat saya untuk menakut-nakutkan kamu, tetapi apa yang saya ingin sampaikan di bawah adalah dari hati saya sendiri, ingin menyampaikan apa yang patut saya sampaikan. Semoga rakan rakan sekalian dapat menyedari hakikat hari kiamat ini dan dapat bersedia dengan amal ibadah.

Ketahuilah rakan-rakanku sekalian bahawa terdapat 22 tanda tanda hari kiamat. Tanda-tanda tersebut adalah:-

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Sekali lagi ingin saya peringatkan agar rakan rakan semua dapat mengambil sedikit masa dan fikirkan akan kewujudan tanda tanda tersebut dalam masyarakat kita sekarang.

Masihkah kita ingin menidakkan akan hampirnya hari perhitungan ini?

Sekian buat renungan bersama.
Sumbangan faridadam