Nuffnang

Friday, October 29, 2010

Umar al-Khatab menjaga makan dan minum

minum-air-putih.jpg

 
UMAR al-Khatab adalah khalifah yang menggantikan Abu Bakar as-Siddiq. Umar seorang yang tegas dan terkenal dengan sifatnya yang adil, berani serta cekap semasa memerintah.

Umar al-Khatab dilahirkan pada tahun 584 Masihi berasal daripada Bani Adi berketurunan Quraisy.

Baginda adalah khalifah Islam kedua yang memerintah pada tahun 13 Hijrah hingga 23 Hijrah. Nabi Muhammad memberi gelaran al-Faruq kepada beliau.

Gelaran tersebut diberi kerana selepas memeluk Islam bagidan memberikan semangat baru kepada umat Islam untuk mengamalkan ajaran itu secara terang-terangan di Kota Mekah.

Baginda juga adalah khalifah pertama yang mendapat gelaran Amir al-Mukminin.

Pada zaman masyarakat jahiliah, Umar merupakan seorang saudagar. Umar dilantik menjadi khalifah kedua berdasarkan wasiat yang dibuat oleh Abu Bakar dan mendapat persetujuan ramai.

Umar meninggal dunia pada 23 Hijrah kerana ditikam oleh Abu Lu'lu iaitu seorang hamba berketurunan Parsi.

Zaman pemerintahan Umar dianggap sebagai 'zaman keemasan' kerajaan Islam di Mekah. Banyak pembaharuan dilaksanakan oleh baginda termasuklah bidang politik, sosial, pertahanan dan ekonomi.

Dalam bidang sosial, baginda mengembangkan pendidikan al-Quran dan memperkenalkan kalendar Islam yang berasaskan tahun Hijrah.

Di zaman Umar juga, banyak negara berada dalam kekuasaan Islam termasuk Baitulmaqdis.

Malah di Baitulmaqdis ketika itu terdapat seorang Paderi Besar yang enggan membuat sebarang perjanjian dengan orang lain kecuali dengan Umar. Peribadi baginda yang adil dan berani menjadikan Umar terkenal sebagai seorang sahabat Nabi yang dikagumi di kalangan umat Islam.

Umar juga seorang yang sentiasa menjaga makan dan minumnya daripada sumber yang halal. Pada suatu hari ada seorang lelaki membawa secawan susu buat Umar. Kerana dahaga, baginda terus meminum susu itu tanpa mengetahui dari ia diperoleh. Sesudah meminum susu itu beliau berasa pelik dengan rasa susu itu.

Tanpa berlengah, Umar bertanya kepada lelaki itu: "Dari manakah kamu dapat susu ini?"

Kemudian lelaki itu menjawab: "Saya mendapat susu ini daripada pengembala unta yang duduk menunggu unta yang disedekahkan di padang pasir di sana. Unta-untanya itu meragut rumput di situ."

Umar terkejut lalu menjolokkan jarinya ke dalam kerongkong memuntahkan air susu yang diminum.

Baginda berbuat demikian kerana tidak mengetahui asal usul pengembala dan rumput yang dimakan oleh unta itu milik siapa.

Pernah dilaporkan bahawa Umar juga seorang yang sangat berhati-hati, dan tidak mementingkan diri. Kisah ini terjadi ketika khalifah itu mendapat kasturi dari Bahrain.

Umar mendapat beberapa kilo kasturi. Beliau mempunyai masalah menimbang semua kasturi itu. Beliau berhajat memberikan kasturi itu secara sama rata kepada orang Islam yang berada di kawasannya.

"Siapakah yang mahu menimbang buah kasturi ini. Saya mahu mengagihkan kasturi ini kepada semua orang Islam yang ada di sini supaya mereka dapat buah ini," kata Umar.

Mendengar berita itu, isterinya menawarkan diri menimbang kasturi itu. "Saya pandai menimbang kasturi itu," kata isteri Umar.

Umar tidak berkata apa-apa. Sejenak kemudian, beliau bersuara: "Siapakah yang mahu menimbang buah kasturi ini?" Tidak ada orang yang menjawab.

Tetapi isterinya sekali lagi menawarkan diri menimbangnya. "Saya pandai menimbang kasturi itu," kata isterinya itu. Umar hanya mendiamkan dirinya.

Kali ini masuk kali ketiga Umar bertanyakan soalan yang sama: "Siapakah yang mahu menimbang kasturi ini?"

Secara sukarela isterinya sekali lagi menawarkan diri menimbang.

Pada kali ini Umar tidak berdiam diri lalu beliau berkata: "Saya tidak mahu kamu menyentuh kasturi itu kerana bau kasturi itu nanti pasti kamu sapukan kepada badanmu. Itu bukan hak kita."

Oleh kerana itu, Umar mahu orang lain selain daripada ahli keluarganya yang menimbang kasturi tersebut. Umar tidak mahu kedudukan dan kelebihannya sebagai khalifah disalahgunakan oleh ahli keluarga.

Sumber: Utusan Malaysia

Yang Kalut Di Fikiran

 
Julia (Bukan nama sebenar) datang ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta. Ibu bapanya dengan berat hati membenarkan anak kesayangannya datang ke ibu negara untuk mencapai cita-cita. Diiringi pemergian si anak dengan doa dan harapan yang menggunung. Tidak lupa perbelanjaan yang lebih dari mencukupi untuk dua tahun Julia di kolej tersebut.

Julia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memperolehi diploma dalam bidang yang diminatinya. Pada mula, tumpuannya lebih kepada pelajaran. Tiada langsung terlintas di hatinya untuk menghabiskan waktu dengan sia-sia. Namun semuanya berubah apabila dia berkenalan dengan seorang pemuda bernama Amran (Bukan nama sebenar). Julia yang masih naif dengan segala asam garam kehidupan di badar besar jatuh cinta pada Amran.

Amran cinta pertamanya yang terasa begitu agung pada tika itu. Rasa indah kali pertama jatuh cinta bagaikan membawa Julia ke dunia lain. Tiada lagi buku yang menemani. Hanya Amran yang sering terbayang di matanya. Kelab malam sudah pandai dijejaki. Kerana sayang, wang pemberian ibu bapa dan biasiswa yang ada, habis diserahkan kepada Amran.

Cinta yang menggunung itu juga akhirnya telah meragut ‘mahkota’ yang selama ini dipertahankan. Amran berjanji bertanggungjawab di atas perlakuannya itu. Tetapi janji tinggal janji apabila Amran menghilangkan diri. Julia bagaikan hilang akal. Sudahlah wangnya habis, ‘mahkota’ nya juga kini sudah hilang tanpa bisa diganti lagi. Lebih parah, dia disahkan mengandung kerana ‘cinta agung’ nya itu. Mahu sahaja dia membunuh diri kerana tidak tahu bagaimana harus diselesaikan masalah itu besar itu. Semakin menekan perasaannya, Amran dijumpai mati kerana berlebihan dadah. Barulah Julia tahu bahawa Amran selama ini menagih dadah. Kerana itu Amran kerap meminta duit darinya walaupun mempunyai pekerjaan.

Dunia bagaikan sudah berakhir bagi Julia. Pengajiannya terpaksa digantung kerana prestasi yang sudah tidak memuaskan lagi. Dengan berat hati, Julia pulang ke kampung dengan kandungan yang sudah semakin sarat. Ibunya meraung tidak sudah melihat kepulangan anak kesayangannya. Bapanya hampir sahaja menjadi pembunuh anak sendiri. Julia tidak henti-henti menyesal kerana perbuatannya selama ini.

Kisah seperti ini bukan jarang didengari dalam masyarakat kita. Saban hari ada sahaja cerita sedih sebegini yang boleh kita dengar dan baca. Di manakah salahnya hingga anak-anak gadis kita bertindak bagaikan tidak punyai akal fikiran? Cintakah yang bersalah hingga mereka sanggup mengorbankan diri demi cinta yang konon-kononya terlalu agung, mengalahkan cinta pada Ilahi? Atau kerana Kuala Lumpur yang bagaikan tidak mati kerana penuh pelbagai jenis hiburan?

Cinta tidak pernah menyuruh manusia yang sedang merasainya mengorbankan diri kerananya. Cinta itu indah jika ia dijaga dengan sebaik-baiknya. Cinta itu bukan dosa jika kena pada caranya. Hanya manusia sahaja yang menjadikan cinta itu kepada dosa yang teramat pedih balasannya kelak. Seperti Julia dalam kisah di atas, dia gagal mentafsir erti sebenar cinta. Dia diugut untuk ditinggalkan jika tidak menuruti kemahuan kekasihnya. Kerana sayang (kononnya) dia menuruti kehendak si kekasih walaupun dia sedar perbuatan itu salah dan berdosa besar. Alangkah malangnya jika seorang gadis yang sudah bijak berfikir kalah dengan permainan seorang lelaki seperti itu. Lebih malang jika gadis itu berpendidikan tinggi dan kenal hukum agama yang melarang perbuatan berdosa seperti itu. Kerana takut kehilangan seorang lelaki, sanggup mengorbankan perkara yang paling berharga buat dirinya. Cinta dijadikan alasan kerana mengorbankan diri. Sekali lagi diingatkan, cinta tidak pernah meminta pengorbanan seperti itu. Cinta juga tidak pernah meminta bukti sebegitu.

Cinta itu buta. Benarkah sebegitu sehingga Julia sanggup mengorbankan segala-galanya demi Amran? Cinta tidak pernah mahu dianggap buta. Hanya manusia yang buta hati dalam menilai cinta. Tidak pernah mendahulukan iman dan akal dalam membuat keputusan. Semua yang dilakukan berlandaskan nafsu dengan tiket cinta. Apabila suatu musibah terjadi, sekali lagi cinta dipersalahkan. Cinta itu dosa, cinta itu buta, cinta itu merosakkan manusia. Kasihan cinta. Ianya begitu suci, begitu indah tetapi dipersalahkan di akhirnya.

Bersalahkah bandar raya Kuala Lumpur yang sentiasa tersenyum ini? Bila manusia hilang pertimbangan hingga merosakkan diri, Kuala Lumpur dipersalahkan kerana melalaikan manusia. Kuala Lumpur terlalu dipenuhi hiburan duniawi. Kuala Lumpur sudah terpalit dengan pelbagai dosa yang hitam pekat warnanya. Kuala Lumpur telah merubahkan mereka dari seorang yang sentiasa patuh pada suruhanNya kepada mereka yang alpa dengan segala keseronakan duniawi. Kuala Lumpur yang mengenalkan mereka dengan kelab malam, minuman yang memabukkan dan segala macam lagi kerosakan. Kasihan Kuala Lumpur, dipersalahkan kerana pemikiran dangkal sesetengah insan. Kuala Lumpur tidak pernah minta dijadikan sebegini. Manusia yang menjadikannya penuh dengan pelbagai dosa. Bagaimana wujudnya segala macam kerosakan jika bukan kerana makhluk yang bernama manusia?

Setiap hari ada sahaja pendatang baru ke bandaraya yang tercinta ini. Masing-masing memasang azam untuk berjaya di kota serba mencabar ini. Bukan sedikit yang berjaya dan tidak sedikit juga yang kecundang. Dalam usia yang muda, perasaan dan nafsu kadang kala mengatasi segalanya. Apatah lagi jika tiada iman di dada. Pendidikan agama yang mencukupi pun kadang-kala bukan penjamin hidup tidak terpesong. Apa yang penting, AKAL FIKIRAN yang berlandaskan IMAN menjadi benteng dalam kehidupan ini.

Saya belum sampai pun dua tahun pun hidup di bandaraya ini. Kisah seperti di atas sudah kerap kali saya jumpa. Kasihan, gadis muda yang punyai masa depan cerah akhirnya menjadi seorang yang tidak tentu arah. Semuanya kerana hilang pertimbangan akibat cinta yang kononnya tulus dan suci. Ada juga yang ‘bernasib baik’ kerana tidak mengandung. Tetapi apabila cinta putus di tengah jalan, mereka menjadi semakin liar.
 
Bagi mereka, diri mereka sudah rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi. Lantaran itu, mereka meneruskan kehidupan yang songsang tanpa memikirkan keluarga yang sentiasa mengharapkan mereka jauh dari segala macam noda.

Selalu saya terfikir, apakah yang menjadi pegangan mereka waktu itu? ISLAM hanya pada nama. Pakaian dan cara hidup sudah tidak melambangkan nilai-nilai ISLAM itu sendiri. Solat jauh sekali. Sedih saya melihat rakan-rakan yang terus hanyut sebegitu. Dan apabila kita cuba menegur, kita dikatakan kolot dan terlebih alim. Setakat alasan kubur lain-lain, sudah biasa saya dengar. Aduhai, kenapa sampai begini fikiran mereka.

Pada mereka yang baru-baru hendak belajar bercinta, janganlah jadikan cinta itu yang mengawal kehidupan kalian. Cinta itu hanya satu perasaan indah yang telah Tuhan anugerahkan. Jangan jadikan ia sebagai perosak masa depan kalian sendiri. Bercinta berpada-pada, sentiasa ingat kepada ibu dan ayah yang telah berkorban untuk kalian sejak kecil.
 
Dan yang paling penting, jangan lebihkan cinta dari segala-galanya. CINTA KEPADA ALLAH itu yang lebih bermakna. Tatkala dilamun cinta itu, berdoalah agar cinta yang disemi ada penghujung yang bermakna. Semoga cinta yang disemi semakin mekar bersama bunga-bunga keberkatan dariNya. Walau di mana pun kalian berada, jagalah diri sebaik-baiknya. Sekali sudah tersasar, bukan mudah untuk kembali ke laluan yang betul. Sentiasalah berdoa kepada YANG ESA agar hidup kalian sentiasa dijauhkan dari perkara-perkara yang bakal merosakkan hidup kalian akhirnya.
 

Makanan Sunnah Vs Makanan Barat, mana satu pilihan anda?

  • 1. Hati
 
Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita?
 
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. ?
 
 
 
 
  • 2. Kopi
Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
 
 
 
  • 3. Daging Kambing
Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
 
 
 
 
  • 4. McDonald (Fast Food)
Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
 
 
 
 
  • 5. Coke & Maggi
Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
 
 
 
 
  • 6 . Air Soya
Untuk pengetahuan, para kafir jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
 
 
 
 
 
Tahukah anda minuman apakah yang paling digemari oleh Nabi S.A.W kita? Adakah air soya? Tentu sekali tidak bukan? Minuman paling digemari Nabi S.A.W dan tentunya paling berkhasiat ialah SUSU KAMBING!
 
Sekian, fikir-fikirkanlah…
 

Perintah menutup aurat pikat Franklin

SUSUNAN SITI AINIZA KAMSARI

DALAM usia yang sangat muda, Franklin Isa-Ali Taveras II berbangga kerana menjadi seorang mubaligh Kristian yang disegani kawan dan rakan.

Oleh kerana di kolejnya ramai yang menganut pelbagai agama malah tidak kurang yang atheis, semua itu memberikan kesempatan kepadanya untuk menyebarkan Kristian.

"Namun apabila berhadapan dengan mereka yang menganut agama lain selain Kristian, memerlukan saya mengenali agama-agama tersebut, sama ada Hindu, Buddha mahupun Islam," kata Franklin.

Franklin 25, anak kelahiran Queens, New York, berbangsa campuran Dominica dan Puerto Rico, membuka segala pintu mindanya untuk mengenali Islam walaupun dengan niat yang agak serong.

Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Minda yang terbuka itu telah menyebabkan beliau mula menerima Islam.

"Tidak sekadar minda malah hati saya mula tertarik terhadap Islam, kerana apabila kita membaca, terutamanya al-Quran, semua persoalan terjawab dalam kitab itu tanpa sebarang tabir yang menghalang. Kita seolah-olah dapat berbicara terus, bersoal jawab dengan tuhan.

"Malah saya sangat setuju apabila Islam meminta agar kaum wanita menutup sebahagian besar tubuh badan mereka. Tahu sahajalah di New York ini, kebanyakan wanitanya seolah-olah sedang mengiklankan diri mereka sendiri bagai zagat (terlalu menarik untuk seks) kepada kaum lelaki," katanya.

Tetapi seorang teman Kristiannya, Miguel mengingatkan semula Franklin mengenai tuhannya, tuhan yang selama ini dipuja, disembah dan patuh terhadapnya.

"Saya terpaksa bersetuju dengan Miguel kerana walaupun Islam itu mungkin agama yang benar berbanding Kristian tetapi dengan memeluk agama itu akan menyebabkan saya melupakan Jesus.

"Saya tidak mahu kehilangan Jesus dalam hidup saya," kata Franklin.

Sebagai jalan untuk Franklin keluar daripada persoalan yang rumit ini dia terus memohon dan berdoa kepada tuhan.

"Selama dua minggu saya berdoa dan terus berdoa siang dan malam. Akhirnya saya berasa agak pelik apabila saya banyak persoalan mula timbul," katanya.

Namun yang agak pahitnya kini, sejak dari itu juga Franklin mula kehilangan kawan yang seagama dengannya kerana beliau sering dilihat bersama al-Quran.

"Ini menyebabkan mereka merasa tidak senang dan berkata tidak lagi mahu berkawan dengan saya yang mula menyembah agama syaitan," katanya.

Namun kehilangan kawan itu menyebabkan Franklin semakin kuat mempelajari Islam.

"Saya sedar tidak ada sesiapa yang dapat membantu saya ketika ini kecuali, tuhan. Lalu saya memohon kepada-NYA. Tolong tunjukkan kepadaku, agama manakah yang benar," katanya.

Sofia Leung Mei - Dunia dan akhirat berkait rapat

 
Oleh ZUARIDA MOHYIN

SOFIA Leung Mei Foong mudah melenting dan telinganya berdesing acap kali diajukan pertanyaan mengenai pengIslamannya, terutamanya apabila ia dilontarkan oleh orang Melayu.

Berasal dari Jinjang Utara, Selangor, Sofia, 25, mengakui terpaksa mengambil masa untuk menerima secara terbuka pandangan masyarakat Islam.

Ini kerana beliau menganggap sepatutnya mereka yang dilahirkan sebagai Muslim, lebih mengetahui kelebihan dan keistimewaan agama Islam itu sendiri.

Tanpa disedari kata Sofia, pertanyaan tersebut seolah-olah menggambarkan kekurangan diri mereka dalam menghayati agama Allah s.w.t. ini.

Namun, segalanya berubah apabila menyedari bahawa pertanyaan yang diutarakan sebenarnya sekadar lahir daripada rasa ingin tahu dan pembuka bicara perkenalan.

Malah kata Pengetua STC, sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang terletak di Batu Caves ini, beliau kini lebih bersikap optimis dan tidak menilainya secara negatif atau berpandangan serong terhadap pertanyaan yang hakikatnya telus dan ikhlas.

``Sebenarnya, semenjak di tingkatan 4 lagi, saya sudah mengenali serba sedikit tentang ilmu-ilmu asas agama Islam, iaitu melalui subjek Tamadun Islam.

``Secara tidak langsung, sejarah tentang Islam yang berasal dari bumi Arab dan bagaimana ia tersebar serta kegemilangan tokoh-tokoh Islam, menyedarkan saya bahawa orang Islam dan agama Islam cukup terkemuka dan lebih dahulu bertamadun berbanding Barat.

``Kisah-kisah kecemerlangan umat Islam dahulu benar-benar mengejutkan saya. Sebagai seorang yang bukan beragama Islam waktu itu, hati saya tersentuh bagaimana agama yang kini dilabel sebagai pengganas rupa-rupanya cukup disegani dan digeruni suatu masa dahulu,'' terang Sofia yang ditemani suami, Zulcahly Safian, 37, di pejabatnya baru-baru ini.

Semenjak itu, Sofia bertekad mencari kebenaran dalam agama Islam yang sebelum ini sering kali disalahertikan oleh bangsa dan agama lain.

Antara contoh-contoh yang diselewengkan ialah, Islam membenarkan lelaki berkahwin empat, menindas wanita dan banyak lagi.

Melalui saranan seorang teman, Sofia pergi ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dengan harapan mendapatkan penjelasan tepat.

Di Perkim beliau berkenalan dengan Ustaz Amran Abdullah dan Ustaz Sulaiman Din.

``Penerangan yang diberikan oleh dua orang ustaz ini berjaya meyakinkan saya bahawa agama Islam hakikatnya bukan khas buat orang Melayu.

``Sebelum ini, kami (kaum Cina) menganggap Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, tetapi sebenarnya Islam milik semua.

``Ketika di Perkim juga saya teringat kembali satu kisah semasa mengikuti kursus anjuran sebuah persatuan Buddha di Klang.

``Kata-kata tok sami bahawa kebenaran sebenarnya berada di sekeliling kita semasa sesi bertafakur, membuka minda saya bahawa kejadian alam dan makhluk di muka bumi ini berkait rapat dengan Pencipta iaitu Allah s.w.t.,'' kata Sofia yang mengucap dua kalimah syahadah pada Disember 1998, tiga bulan selepas mengikuti kelas-kelas anjuran Perkim.

Tambah Sofia, Islam jika dibandingkan dengan agama kepercayaannya sebelum ini, jauh berbeza.

Di dalam Islam katanya, setiap sesuatu disediakan panduan dan cara mengamalkannya. Ia sentiasa mempunyai hubungkait di antara dunia dengan akhirat.

Misalnya, pekerjaan yang kita lakukan selama di dunia ini, bukan sahaja kita akan mengutip hasilnya yang berbentuk pendapatan ataupun gaji bulanan, bahkan kita juga akan menerima `gaji ` di akhirat kelak.

Ini kerana apabila kita menjalankan atau melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan jujur dan bertanggungjawab, maka kerja yang dilakukan itu merupakan ibadah yang akan mendapat ganjarannya di akhirat nanti.

Pun begitu katanya lagi, kitab al-Quran yang menjadi panduan umat Islam, cukup lengkap merangkumi pelbagai bidang, malah sesuai sepanjang zaman.

Jelas Sofia, ``Berlainan pula dengan agama selain Islam. Ia boleh dikerjakan mengikut kehendak sendiri.

``Contohnya, dalam keadaan sibuk, penganutnya boleh melakukannya pada hari-hari yang lain. Seolah-olah tiada ikatan yang kuat antara individu dengan agama yang dianutinya.''

Lantaran itu, Sofia pernah mengikuti kursus Undang-undang Islam peringkat sijil di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama enam bulan demi mendalami ilmu agama.

``Sebelum ini saya banyak menerima pendidikan asas Islam di Perkim tetapi melalui kursus anjuran UIAM, pengajiannya lebih meluas meliputi munakahat,usul fiqh, faraid, muamalat, ibadat dan banyak lagi,'' tambah Sofia.

Menurut anak sulung daripada dua beradik ini lagi, pengIslaman beliau sedikitpun tidak mendapat bantahan daripada ahli keluarga terdekat dan sanak saudara.

``Mereka tidak menghalang pengIslaman saya, barangkali kerana latar belakang keluarga kami bukanlah daripada keluarga berada, jadi mereka merasakan tidak ada penipuan di sebalik peristiwa tersebut, terang beliau.

Selepas tiga tahun bergelar Muslim, barulah Sofia bernikah dengan jejaka pilihan hati berasal dari Perak, Zulcahly pada Oktober 2002 ketika berusia 25 tahun.

Kata Sofia, suaminya banyak membantunya mendalami ilmu-ilmu Islam. Keizinan Zulcahly terhadap Sofia yang mengikuti kelas-kelas di Perkim, secara tidak langsung menjadikan Sofia seorang Muslim yang mempunyai ilmu, bukan setakat Islam ikut-ikutan atau Islam bersandarkan kebendaan.

``Bergelar seorang saudara baru banyak dugaan yang terpaksa dihadapi. Ada masanya kita menghadapi konflik dalaman kerana tidak tahu kedudukan sebenar.

``Sebab itulah saya galakkan agar saudara baru sentiasa menghubungi ustaz atau ustazah sama ada di Perkim, jabatan-jabatan agama Islam di tempat masing-masing ataupun berpersatuan untuk sentiasa mendapatkan bimbingan, sokongan dan tidak merasa diri semakin tersisih,'' kata Sofia mengingatkan cabaran yang pernah dilaluinya dulu.

Biarpun Sofia sibuk dengan kerenah kanak-kanak di pusat jagaannya, beliau tetap bergiat aktif dengan Perkim Gerak demi membantu saudara baru, khasnya golongan belia agar mampu menghadapi cabaran dan anggapan negatif terhadap Islam.

``Barat sentiasa memburuk-burukkan Islam sehingga ada saudara baru yang goyah keimanannya kerana kurang ilmu agama di dada.

``Oleh itu, bergiat dengan majlis-majlis ilmu sekurang-kurangnya menjadi benteng keimanan dalam meneruskan kehidupan seorang mukmin sejati dan sentiasa dirahmati,'' ujar Sofia yang bercita-cita berjaya dalam perniagaan yang diusahakan.
 
Sumber: Utusan Malaysia

Dulu Gangster, Kini iman

3079508223_ce7b431d3f.jpgOleh ASMA HANIM MAHMOOD

MELIHAT penampilan Chan Narong atau Mohd. Isa Salleh, 19, yang mempunyai raut wajah yang tenang, tentunya tidak ramai yang menyangka anak muda ini sudah lama bergelumang dengan pelbagai kegiatan tidak bermoral sebelum ini.

Mohd. Isa mula menempuh alam kedewasaan dalam usia masih mentah dan pernah menjadi budak suruhan kumpulan gangster di kampung kelahirannya, Thhooy Thongva, Phnom Penh, Kemboja.

Pelajar Tahun Kedua Sijil Asas Pengajian Islam di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) di Pengkalan Chepa, Kelantan ini menceritakan beliau melakukan apa sahaja yang diarahkan ketua gengster untuk mendapat upah.

Mohd. Isa datang ke Malaysia pada tahun 2005 pada usia 15 tahun mengikut jejak ayah dan ibunya yang datang lebih awal untuk mencari pekerjaankerana tidak gemar untuk terus bersekolah.

Ketika itu, beliau tidak mengetahui yang ayahnya, Pontat, 47, ibunya, Soerem, 49, sudah menerima Islam dan memilih nama Salleh dan Masitah, diikuti kakak dan adiknya.

"Selama seminggu saya berada di rumah ayah di Banting, Selangor, saya hairan melihat dia berkopiah. Pada mulanya saya ingatkan itu adalah adat orang di Malaysia dan ayah hanya mengikut resam orang-prang di sini.

"Tetapi apabila ayah keluar rumah setiap kali azan berkumandang, ia menambahkan lagi kemusykilan saya. Rasa ingin tahu yang membuak-buak menyebabkan saya memujuk ayah memboncengkan saya ke tempat yang selalu dituju.

"Saya terkejut apabila ayah menunggang motosikal sampai ke surau. Rasa marah meletus di dada apabila terbongkar rupanya ayah sudah jadi orang Islam. Saya terus lari balik ke rumah," cerita Mohd. Isa.

Katanya, perbuatan itu disifatkannya sebagai melupakan asal usul sendiri dan amat membingungkannya kenapa keluarga menerima Islam kerana sewaktu di negara asal, masyarakat Islam dipandang rendah dan sering diejek kerana kain dan jubah yang dipakai.

Mohd. Isa terus mengemas pakaian dan menelefon bapa saudaranya, Mohamad Abdullah, 39, yang tinggal di Kanchong Darat untuk tinggal bersamanya.

Mohamad menganut Islam sejak 1999 dan bekerja menjual ais krim.

"Saya cuma tidak mahu lihat muka ayah. Saya maklum yang bapa saudara saya sudah memeluk Islam tetapi saya lebih ralat dengan tindakan ayah kerana merahsiakannya dari saya," katanya.

Mendengar azan semasa di Kemboja, Mohd. Isa akui perkara yang paling dibencinya adalah mendengar azan kerana ia sering dilaungkan tiap kali masuk waktu.

"Pada saya ia satu perkara yang membingitkan telinga," katanya.

Pernah Mohd. Isa cuba meninjau apa yang ada di dalam masjid di kampungnya di Kemboja apabila melihat para jemaah sering keluar masuk.

"Saya perhatikan di bahagian hadapan masjid tidak ada apa pun yang boleh disembah seperti dalam kuil. Saya bertanya seorang pakcik yang kebetulan berada di muka pintu, apa yang dia sembah, katanya mereka menyembah Tuhan.

"Saya jawab balik, mana ada Tuhan dalam masjid ini? Pakcik itu berkata, anak nampak angin? Saya kata tidak. Dia bertanya kembali, walaupun tidak nampak adakah angin itu ada? Saya jawab ya. Pakcik itu berkata maka itulah juga yang boleh difaham dengan Allah yang disembah orang Islam.

"Dia tetap wujud walaupun tidak dapat dilihat dengan mata," jelas pakcik itu kepada Mohd. Isa.

Bagaimanapun pada ketika itu beliau tidak faham penjelasan yang diberi kerana baginya Tuhan perlu dijelmakan seperti patung, barulah boleh disembah dengan baik.

Namun hidayah Allah tidak boleh ditolak apabila ia sudah mengetuk pintu hati. Hanya tiga minggu berada di rumah bapa saudaranya, Mohd. Isa memeluk Islam pada 27 September 2005 di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Sepanjang tinggal bersama bapa saudara, dia tidak pernah meminggirkan saya dalam aktiviti berkaitan agama. Setiap malam ada majlis taalim (ilmu) bersama sepupu-sepupu saya.

"Pak cik Mohamad akan membaca kisah nabi dan para sahabat, dalam bahasa Melayu dan kemudiannya akan menterjemahnya ke dalam bahasa Kemboja. Saya tertarik dengan kisah Nabi Muhammad berdakwah kepada kaum Quraisy.

"Sebelum masuk Islam lagi saya sering dibawa ke masjid bersamanya, malah pernah mengikuti satu rombongan menghadiri pertandingan hafalan. Bacaan ayat al-Quran dan tafsirannya yang diterjemahkan pula kepada saya oleh bapa saudara menggamit hati untuk yakin kepada Islam," ceritanya.

"Dahulu pun terasa juga diri ini bagai mempersenda Tuhan sendiri. Makanan seperti ayam disembahkan kepada berhala, kadang-kadang saya curi untuk dimakan bersama kawan-kawan," tambahnya.

Selain mengikuti kursus sijil di IDIP di bawah tajaan JAIS sejak awal 2008, Mohd. Isa juga bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini.

Dalam masa enam bulan pertama di IDIP, Mohd. Isa berjaya memahami bahasa Melayu sepenuhnya sama ada untuk bercakap, menulis dan membaca.


"Saya pun tidak menyangka perkara ini tetapi Allah menerangkan hati saya menerima pelajaran," katanya.

Dia bersyukur kerana kini sudah menghafaz lebih satu juzuk al-Quran dan mendapat kepercayaan tenaga pengajar di IDIP sebagai salah seorang imam di situ.

Mohd. Isa yang bercita-cita menjadi seorang ustaz dan pendakwah berazam membantu ibu bapanya yang kini bekerja sebagai tukang kebun dan penjual kuih.

Sumber: Utusan Malaysia

Hati-hati apabila mendengar perbualan negatif sebab ia meracuni

 
Bila Anda berbual-bual dengan seseorang atau dengan sekumpulan orang, hati-hatilah sebab perbualan biasa boleh mencemarkan fikiran positif yang telah Anda cuba bina.
 
Ramai orang di sekeliling Anda takkan pernah tahu pekebendanya fikiran positif ni, mereka menganggap ia sesuatu yang tidak berguna, tidak menyumbang apa-apa (sebab itulah cuma ada sedikit saja orang berfikiran positif!).
 
Jika Anda mahu jadi orang berjaya, Anda MESTI merubah fikiran Anda menjadi fikiran positif.
 
Kenapa? Sebab fikiran positif membina kejayaan dan membuat Anda semakin dekat dengan kejayaan, fikiran positif akan Anda membuat Anda senang mencapai apa yang Anda inginkan.
 
Fikiran negatif memusnahkan kejayaanfikiran negatif menghalang Anda daripada mengecapi kejayaan sebab fikiran negatif membuat Anda tidak dapat membuat apa-apa simply sebab Anda tidak yakin dengan diri Anda sendiri dek diselubungi kenegatifan. Anda tak nampak jalan untuk Anda berjaya dalam hidup.
 
Apabila ada orang mengajak Anda berbual, jangan memberi respon pada perbualan yang meceritakan perkara-perkara buruk, berita-berita buruk, situasi buruk.
 
Diamkan diri apabila perbualan yang Anda dengar mengarah kepada sikap buruk seseorang, kepada sifat buruknya, kesilapan-kesilapan buruk yang dilakukan oleh orang tu.
 
Hati-hati ya, jangan terperangkap.
 
Perangkap fikiran negatif ni ada di mana-mana!
 
Apabila Anda mendengar kata-kata buruk seperti umpatan, caci-maki, kemarahan atau sindiran, lafazkan istighfar di dalam hati banyak-banyak supaya Anda terhindar dari dijangkiti virus fikiran negatif juga untuk mengelak diri Anda dari terlibat sama dalam perbualan negatif yang Anda dengar itu.
 
Fikiran negatif sifatnya menggoda, membuat sesiapa saja suka bercakap hal-hal negatif sebab ia menyeronokkan, mengasyikkan. Tidak ramai di kalangan kita suka berbual hal-hal positif sebab bagi mereka segala yang positif tu tidak menyeronokkan dan membebankan fikiran.
 

Kisah Cinta Kopi Masin

Rab, 27 Okt 2010 14:40 | Izwan Nordin | Editor: kasihsayang
 
Dia baru sahaja tamat belajar Dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang Dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.
Pada suatu Hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.
Dengan wajahnya yang tenang Dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.
Si doktor Dan si gadis bertentangan Mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.
"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.
Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar Dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.
Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"
"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplahdoktor muda ini!
Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, Dan dia secara spontan berkata,
"Berikan saya kopi masin!"
Semua orang memandang Dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan Dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, Dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.
Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"
"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... Masin Dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.
Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.
Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai Dan mengambil berat akan rumah Dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal Dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.
Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.
Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.
Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.
"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan Kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat Kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan Kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..
Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak Ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu Dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."
Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.
Suatu Hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"
Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."
Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

Siapa Insan Bernama Kekasih?

Seruan Cinta Terzahir Di Mata

Mata penulis tajam memerhatikan dengan penuh pengamatan bangunan peninggalan sejarah itu dengan mata berkaca-kaca. Boleh dikatakan setiap hari penulis akan mendatangi satu ceruk laluan berpagi-pagian untuk mencari mutiara-mutiara berharga di persisiran mahligai terunggul di rantau ini. Semenjak berpindah ke rumah baru, penulis tidak lagi perlu bersusah-payah memerah keringat menunggu, berhimpit-himpit dan berpanasan di dalam bas kerana jarak dari rumah ke universiti hanya mengambil masa 10 minit perjalanan. Kalau hendak diikutkan mungkin ada sahaja mereka yang pantas memberikan alasan;

“Masih jauh tu.”

“Ala, naik bas bukannya mahal sangat pun, dengan mata wang Mesir ni.”

“Tidak mengapalah, enta jalanlah dulu ana ikut dari belakang.”

Namun keindahan setiap jalanan di angkasa lukisan arca bangunannya tidak tumpah seperti sebuah kota lama yang masih segar, kaki memacu gagah melangkah ke hadapan, saban hari setiap waktu dan ketika, laluan ini, bumi kota lama ini tidak pernah sirna dari derapan bunyian ribuan kaki melangkah, berlari-lari anak dan hentakan kuat deruman enjin tua. Suara-suara dari segala sesuatu meruak-ruak dalam gelombang besar dan tersuling ke liang-liang bisikan setiap yang melaluinya.

Kali ini, penulis merasakan ada sedikit kelainan yang bermain di jiwa, seakan-akan mengajak penulis mengukir bait sebagai pahatan kenangan di setiap dinding bangunan unik itu. Penulis hampir tertewas pada lamunan kecil iblis bermain hebat di pancaindera, seolah-olah berada pada kurun masa sewaktu tapak bangunan ini ditegakkan.

“Erm, mungkin sudah ratusan tahun.”

Bisik hati penulis sambil cuba mencari kepastian kalau ada catatan usang yang bertarikh pada deretan bangunan ini.

“Kenapa kali ini hati aku tertewas pada polimikan seni bina bangunan?”

“Apakah sebelum ini aku tidak pernah melalui di celah-celah batu-batu yang berkotak lebih indah dan lebih canggih dari ini?”

Penulis terkesima hebat sambil mata bagaikan melekat kuat pada batu-batu tersusun rapi itu. Lamunan hati penulis mati seketika dek terdengar dari dekat laungan azan muazin berteriak lantang. Hati penulis tergerak untuk mencari kebenaran di sebalik tilikan tidak bertauliah sebentar tadi, mana tahu mungkin ada siapa-siapa yang lebih tahu tentang sejarah bangunan dan tembok besar yang masih tersisa di luar sana. Kaki penulis bergerak terancang seiring rabaan mata menguyu mencari dari mana arah azan itu berkumandang. Sambil berjalan telinga penulis menangkap kemas suara-suara bel dan paduan nada malakut terkadang-kadang mencair jauh. Penulis menyaksikan pertengkaran di sebelah tempat penulis mengelamun sendu tadi, dua perempuan saling melayan ke arah masing-masing dan seketika mereka ditarik untuk dilepaskan, pakaian rumah mereka berterbangan terlepas ke udara seperti bulu-bulu yang sangat besar.

Penulis terpesona sekejap dengan adegan-adegan yang tidak berbayar itu, boleh dikatakan sudah menjadi rutin harian orang-orang Arab akan berirama keras sesama mereka hanya kerana masalah kecil. Kaki terus memandu tubuh yang semakin mengurus, tiba-tiba mendekat suara serak-serak basah yang muncul dari antah berantah, tapi yang pasti suara itu bukan roh yang tersesat;

“Anak mahu ke mana?”

Suara seorang tua Arab bertongkat bergerak laju sedikit daripada penulis.

“Pakcik apa khabar?”

Wajah penulis menjadi rembulan menatap kasih padanya.

“Saya mahu mencari arah suara azan tadi berkumandang.”

Jawab penulis tersimpul manis di bibir.

“Pakcik tahu, di mana masjid tu?”

Penulis terasa agak malu sedikit, masakan hal sekecil itu tidak boleh diselesaikan sendiri.

“Mari nak, pakcik tunjukkan. Pakcik pun mahu ke sana juga.”

Sambil memegang lembut tangan penulis memimpin ke arah suatu bangunan tersorok kecil dari pandangan.

“Patutlah tak jumpa,di sebalik bangunan rupanya.”

Penulis membiarkan tangan terus disuluh oleh orang tua Arab itu, sambil tersenyum malu. Baru penulis mengerti bahawa sebuah cinta suci itu, tidak semestinya perlu disaksikan dengan suara yang keluar semata-mata, cinta yang indah tidak perlu mencari sesat, cinta yang bersulam secangkir iman tidak perlu meminta berharap dan cinta itu tidak perlu dibayar dengan material yang terpancak.

Cinta sebenar hanya perlu sedikit pengorbanan dan pengertian di sebalik tembok kukuh yang pernah dibina oleh Nabi Adam a.s dan Nabi Yusof a.s suatu ketika dahulu bersama pasangan masing-masing. Rasa kagum pada lukisan ukiran bangunan dan keseniannya juga merupakan cabang-cabang cinta yang lahir secara ikhlas sepersis mawar berduri petanda kasih yang masih belum termiliki. Inilah kejujuran yang pasti, tanpa perlu mencari dan meraba-raba senuansa ciptaannya oleh Tuhan yang Maha Mengerti akan keperluan sekalian hamba-Nya.

Pencarian Sebuah Potrait Cinta

Perkahwinan adalah suatu tuntutan dalam Islam. Antara perkara penting sebelum melangkah ke alam pernikahan ialah hal yang berkaitan dengan pencarian pasangan hidup kerana di sinilah cinta suci lagi halal akan dibina, untuk sama-sama merasai susah senang, jatuh bangun sebuah kehidupan berumahtangga demi melihat pemerkasaan benteng pertahanan Islam terus kukuh dengan lahirnya generasi zuriat sebagai pejuang menggalas kesinambungan para mujahid terdahulu. Rumahtangga tadi sekiranya dibina dengan tapak semaian keimanan, ketakwaan dan kasih sayang serta dipikul penuh amanah, sudah tentu akan bercambah biak kebahagian dalam melahirkan generasi yang soleh dan solehah serta jauh dari pergolakan amukan jiwa memberontak.

Islam telah menyediakan garis panduan yang lengkap kepada bakal-bakal suami dan isteri di dalam memilih pasangan hidup. Nabi pernah bersabda;

“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan agamanya. Oleh itu, utamakan wanita beragama nescaya kamu akan beruntung.” (Hadith riwayat Muslim)

Apa yang dapat kita fahami, dari maksud hadith di atas ialah ciri-ciri yang paling baik dalam memilih calon bakal isteri iaitu mereka yang mempunyai pengetahuan dan beramal dengan ajaran agama. Mungkin pernah terlintas di benak hati kita untuk memiliki gadis yang memahami perasaan dan bersedia menyelami setiap pahit maung hidup seorang suami yang terpaksa bekerja keras dalam memikul amanah yang cukup banyak.

Pemilihan pasangan hidup tidak boleh dipandang ringan. Islam amat menekankan isu ini disebabkan kesannya di dalam kehidupan bermasyarakat dan keharmonian dalam negara adalah amat besar kerana jika pergaduhan dan penceraian di antara suami dan isteri akan mengakibatkan rumahtangga dan nasib anak-anak terumbang ambing. Jika demikian, bagaimana generasi pelapis negara dapat dilahirkan? Sudah tentu apa yang diharapkan ibarat “bermimpi disiang hari” semata-mata.

Tanggungjawab membentuk rumahtangga yang bahagia dan melahirkan generasi cemerlang amatlah berat. Justeru, keteguhan dalam pegangan agama suami isteri perlu dipertingkatkan agar kita lebih bersedia menghadapi ujian dan cabaran hidup berumahtangga. Allah Taala berfirman;

“Ketahuilah bahawa harta benda dan anak pinak kamu itu adalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah Taala jualah pahala yang besar.” al-Anfal (8:28)

Sehubungan dengan itu sebagai bakal ibu dan bapa kepada bakal anak-anak, kita hendaklah menyemai benih yang ditanam dalam hamparan semaian iman sejak kecil lagi agar bila mereka besar kelak akan bercambah biak padanya asas pengetahuan agama sekaligus melebar luas pada saksiah ruhiah dalaman yang mantap. Berikan mereka bimbingan dan panduan tepat tentang kehidupan berkeluarga agar anak-anak tahu dan faham tentang adab-adab pergaulan sesama manusia yang berlainan jantina. Mengawal dan mengurus perasaan cinta kepada orang lain yang bukan mahramnya serta batas-batas yang sesuai dengan ajaran agama. Mana mungkin sebuah kehidupan rumahtangga yang bercampur baur di antara ketaatan dan kemaksiatan dapat melahirkan generasi yang hebat lagi cemerlang sebagai penyambung zuriat keturunan. Nabi pernah bersabda;

“Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih, kedua ibu bapalah yang akan mencorak (kehidupan) mereka sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggota). Apakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong?”

Padahal cinta yang tulus mulus hendaklah bermula pada Dzat Maha Kuasa yang mencipta perjalanan darah yang unik sehinggakan menghasilkan perasaan cinta dan kasih sayang sebagai salah satu fitrah insani yang perlu dihayati dari hati jatuh ke hati. Dia tidak pernah mencerca hina para hamba-Nya walaupun di sana kemurkaan-Nya sangat jelas dan sensitif pada kemaksiatan yang dilakukan oleh sekalian hamba-Nya. Namun kasih sayang Allah Taala Maha  adalah segala-galanya, mengatasi kemurkaan-Nya tatkala hamba-Nya sudi merafak sujud di keheningan malam syahdu mengharapkan keampunan dengan mengakui kesalahan dan melahirkan rasa penyesalan di atas kelalaian dalam memilih sebuah perjalanan yang diredhai-Nya. Allah Taala berfirman;

"Hai anak Adam, kamu tidak adil terhadap-Ku. Aku mengasihimu dengan kenikmatan-kenikmatan tetapi kamu membenci-Ku dengan berbuat maksiat-maksiat. Kebajikan Kuturunkan kepadamu dan kejahatan-kejahatanmu naik kepada-Ku. Selamanya malaikat yang mulia datang melaporkan tentang kamu setiap siang dan malam dengan amal-amalmu yang buruk. Tetapi hai anak Adam, jika kamu mendengar perilakumu dari orang lain dan kamu tidak tahu siapa yang disifatkan pasti kamu akan cepat membencinya." (Hadith Qudsi)

Mahar Cinta Terhutang

Penulis merenung sejenak, seusai melaksanakan tuntutan agama di masjid itu, di petang indah sayut menunggu camar berterbangan pulang ke sarang. Jika mengharuskan penulis jatuh cinta kepada seorang perempuan yang halal dikahwini, maka pengalaman jatuh cinta itu boleh penulis gambarkan secara fakta dan boleh pula penulis gambarkan secara fiksi.

Kalau secara fakta, maka penulis tentu akan melaporkan berapa tekanan darah, berapa denyutan nadi per minit dan bagaimana komposisi hormon serta enzim yang ada di dalam tubuh penulis bergerak sepersis tumbuhnya rasa kasih dan cinta itu, seperti catatan di kaki tempat tidur seorang pesakit di hospital, yang setiap pagi dibaca oleh oleh para doktor dengan raut wajah tanpa emosi.

Adapun kalau secara fiksi,maka penulis akan menggambarkannya begini;

“Terimalah lamaran sang kekasih untuk beradu di kamar hati.”

“Jemput abang di Lembah Nil yang setia.”

“Akan aku utuskan dewa-dewa kasih ke sangkar hatimu.”

Gambaran yang lebih berbentuk suatu ungkapan puitis untuk dihamburkan ke liang telinga terus menerjah ke hati yang dalam untuk menghantar impuls perasaan suci ditafsirkan semulus tindakan yang terzahir di mata. Kalau seseorang ingin mengetahui atau mengalami bagaimana rasanya jatuh cinta, manakah gambaran yang lebih relevan baginya? Penulis merasakan, orang itu tentu akan memilih penggambaran secara fiksi diletakkan di hadapan manakala fakta adalah penguat pada hati untuk terus teguh pada pendirian yang lahir dari fiksi.

Spiritual atau jatuh cinta kepada Tuhan Maha Agung adalah fakta yang lebih abstrak daripada jatuh cinta kepada seorang perempuan. Oleh itu, menurut hemat penulis, agar orang lain boleh mengetahui dan merasakan pengalaman tersebut, maka perasaan itu akan lebih efektif bila digambarkan secara fiksi. Memang benar, pengalaman itu boleh juga digambarkan secara fakta dalam bentuk teologi atau psikologi. Namun penulis merasakan gambaran seperti itu tidak akan secara normal boleh melahirkan rasa cinta berputik dan menggetarkan hati-hati yang merasainya. Walau bagaimanapun, ianya tidak mustahil kerana sejarah telah membuktikan pada zaman para sahabat, bagaimana mereka merasakan cinta yang tumbuh mekar di hati hanyalah layak untuk Tuhan yang Esa sahaja. Allah Taala berfirman;

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhan jualah mereka bertawakal.” al-Anfal (8:2)

“Membicarakan tentang CINTA ibarat menguras air lautan dalam yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Takkan pernah habis dan kita akan sentiasa menemui berjuta macam benda. Dari sekecil-kecil ikan hingga ikan paus yang terbesar. Dari kerang sampai mutiara malah jika diizinkan Allah, kita mungkin menemui bangkai kapal dan bangkai manusia. Usia CINTA seumur dengan sejarah manusia itu sendiri. Jika di suatu tempat ada 1000 manusia maka di situ ada 1000 kisah CINTA. Dan jika di muka bumi ini ada lebih 5 million manusia, maka sejumlah itu pulalah kisah CINTA akan hadir.”

Sungguh indah cinta itu, jika ditafsirkan dalam erti maksud yang sebenarnya.

Jalan Sunnah Hiasi Rumahtangga

Ketahuilah,bahawa rumahtangga ini adalah sebahagian dari fasa-fasa perjuangan yang harus kita jayakan bagi mencapai matlamat suci kita. Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam. Rumahtangga ini adalah obor bagi masyarakat Islam yang cemerlang. Oleh kerana ia adalah sebahagian dari perjuangan di atas jalan dakwah, maka ianya juga tidak akan terlepas dari sunnah jalan dakwah ini. Bahawa sunnah jalan dakwah ini daripada dulu, kini dan akan datang bukanlah jalan yang merehatkan. Ia bukan juga jalan yang dihampari oleh permaidani merah dan ditaburi oleh bunga-bunga yang indah. Ia adalah jalan yang penuh ujian dan kesulitan tetapi di hujungnya terdapat kemanisan. Maka tidak seharusnya kita merasa bersedih hati di kemudian hari atau merungut atas kesulitan dan ujian yang akan dihadapi walaupun berbeza kerjaya dan lapangan.

Oleh kerana ia adalah sebahagian dari perjuangan, maka kepentingan perjuanganlah yang akan mencorak rumahtangga ini baik diri penulis mahupun bakal pendamping kelak. Kepentingan perjuangan ialah kepentingan Islam dan masyarakatnya serta wadah perjuangan yang mendukungnya. Jika kita fahami apa yang dinyatakan tadi, maka tentulah diri kita terasa terlalu kerdil untuk memikul tugas ini. Hanya dengan bantuan Allah swt sahaja kita akan berjaya. Namun, sejauh mana Allah swt akan membantu kita adalah terletak pada sejauh mana kita mampu menepati segala kehendak-Nya. Justeru itu, kemungkaran adalah sesuatu yang asing dan sangat sensitif bagi rumahtangga ini kerana ia adalah penghijab bagi kita dari bantuan Allah Taala dan akan lebih menyukarkan jalan ini.

Bagi seorang mukmin, kecintaannya hanyalah kepada Yang Satu, cinta kepada Allah  swt. Kalau dia harus mencintai yang lain, maka ia adalah cinta kerana Allah swt. Inilah ikatan yang akan mengikat hati kita, cinta kepada Allah dan bercinta kerana Allah swt. Semoga dengan ini kita akan digolongkan di dalam salah seorang daripada tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah Taala di padang Mahsyar kelak, lelaki dan wanita yang saling mencintai kerana Allah swt semata-mata.

Tanpa ikatan perkahwinan ini pun, hati kita pasti diikat dengan rasa ukhuwwah fillah, kesatuan fikrah dan matlamat dari satu wadah perjuangan (menegakkan agama Allah Taala) yang sama. Ikatan-ikatan ini sahaja sudah cukup untuk kita saling mengasihi antara satu sama lain. Begitu kukuh ikatan antara mereka yang mempunyai fikrah dan perjalanan hidup seumpama ini, dalam dambaan cinta-Nya.

“Adam as bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Dia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Dia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Dia yakin ia tidak salah pandang. Dia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Dia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Dia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Dzat Maha Pencipta.”

CINTA dalam Islam ialah untuk mereka memahami Islam dan tuntutan syariat, serta sentiasa berada dalam tarbiah, di samping tahu akan kehendak tuntutan fitrah suci manusia itu. Bukan sahaja manis dibibir tapi bersedia untuk mengambil si 'dia' sebagai pemaisuri hati untuk sama-sama melihat Islam menjadi kuat dan dihormati kawan mahupun lawan, dengan pelbagai cara terutama dalam meramaikan zuriat yang mampu mendokong perjuangan para syuhada' terdahulu. Kenal dengan cara mendalam (walaupun tidak menyatakan secara terus terang) merupakan kasih sayang yang suci kerana bimbang diri tidak boleh menahan gelojak nafsu yang sentiasa bersedia untuk menyerang. Inilah taaruf atau konsep cinta yang ditaja oleh Islam yang penuh berhati-hati dan menjaga kemaslahatan semasa. Para hukama' pernah bermadah;

Barangsiapa yang bercinta (dengan menjaga batasan dalam Islam dan untuk mencari keredhaan Allah swt semata-mata) dan bilamana mereka mati (semasa cinta masih bertaut) maka matinya itu dikira sebagai mati syahid."


Sumber: http://puteraazhari.blogspot.com.