Nuffnang

Monday, November 1, 2010

Doa untuk lempahan rezeki dan urusan hutang

Doa untuk lempahan rezeki dan urusan hutang

Berdoalah dengan sejujur2nya dan seikhlas2nya sehingga kau menangis

Salam sahabat semua;
Esok petang nak tengok anak bulan. Jika nampak anak bulan maka malam tu dah bertarawikhlah kita. Hmmmm... aku semalam ada terbaca satu artikel mengatakan solat terawikh jika dibuat tidak sampai 20 rakaat maka tidak sah solat itu. Wallahualam.. aku cari balik artikel tu untuk bacaan selanjutnya. Tiba2 hilang daa... Insyaallah akan aku cuba cari balik sampai dapat. Terlalu penting untuk mengetahui adakah sahih (benar) atau lak (tidak)

Tapi post kali ni aku saja nak kongsi2 dengan korang doa untuk penyubur Rezeki dan urusan hutang. Insyaallah.. Allah itu maha pemurah dan pengampun pada hambanya. Sentiasa tahu dan memahami akan kehendak hamba-Nya. Jom sahabatku sekalian.. kita amalkan doa2 ini...

Doa agar dikurniakan rezeki yang HALAL
ALLAHUMMA YA RONIYU YA HAMIDU YAMUBDIUU YAMUIDDU YAROHIMU YAWADUDU AGHNINI BIHALALIKA ANHAROMIKA WAKFINI BIFADLIKA AMMAN SIWAKA WASALLALLAHU ALA MUHAMMAD WAALA ALIHI WASOHBIHI WASALLAM

Wahai ALLAH, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Maha Terpuji, wahai Zat Yang Memulakan, wahai Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Mencintai. Cukuplah kami dengan kehalalan-Mu dari Keharaman-Mu, Cukuplah kami dengan anugerah-Mu dari selain Engkau. Semoga ALLAH melimpahkan rahmat dan salam atas junjungan kita nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan sahabat baginda

Barang siapa ingin melangsaikan hutang serta mendapatkan rezeki yang HALAL lagi melimpah ruah, maka lazimkan diri membaca doa diatas 3 kali selepas solat Jumaat. Sebahagian ulama berkata 'Barang siapa yang membacanya selepas solat fardhu, maka Allah jamin akan mengkayakan dia diantara mereka2 yang kaya

Doa agar mendapat anugerah dan rahmat
ALLAHUMMA INNI AS ALUKA MIN FADHLI WARAHMATIKA FAINNAHU LAAYAMLIKU HUMA ILLA ANTA

Wahai Allah, aku mohon kepada-Mu akan anugerah dan rahmat-Mu, kerana hanya Engkaulah yang memilki keduanya itu

Diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud, pada suatu ketika Rasullulah s.a.w. didatangani tetamu, lantas tetamu tersebut dihantar ke rumah salah seorang isteri baginda untuk dijamu makanan. Tetapi sayang tiada makanan. Tidak lama kemudian datang orang membawa daging panggang, lalu baginda bersabda 'Inilah anugerah dari Allah sedang ketka itu kita mengharapkan rahmatNya'
diriwayatkan oleh Ath Thabrani dan Abu Nu'aim 

Doa selawat pembuka pintu rezeki
SALLALLAHU ALA MUHAMMAD

Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Imam Sya roni berkata bahawa Rasullulah s.a.w. pernah bersabda;
Siapa yang membaca selawar tersebut setiap hari (siang malam) sebanyak 100 kali, Allah s.w.t. akan membuka 70 pintu rahmat dan semua orang yang memandangnya akan menaruh belas kasihan kepadanya

No comments:

Post a Comment